SINAR CINTA
“sedalam lautan,seluas angkasa,begitulah cintaku padamu”ungkapan klasik perasaan hati.
Namun aku kiranya tak perlu bicara, biar aku membisu dari sejuta kata.
Mampukah kau meneka hatiku andai aku diam? Kekadang akal berkata pada mata; lihatlah pada hatimu, dan hati pula berbisik pada mulut ; hamburkan kata cintamu pada dia..
Telinga yang sempurna mampu dibuai leka dengan kata cinta yang indah,cinta yang datang ibarat fantasi…
Namun ia juga harapan pada hati yang pernah tewas pada lubuk kemesraan lalu mencorakkan 1000 tangis di potret hidupku.
Kadangkala jiwaku masih dihasut sejarah lalu. Berbaloikah aku terima sinaranmu? Berbaloikah ku anggap kau harapan terakhirku?
Katakanlah ianya berbaloi. Sememangnya..aku masih bersembunyi di balik tabir ketakutan dan kedukaan. Kerana cinta bagiku sentiasa datang dan pergi tanpa ku pinta. Cinta tidak dapat dilihat.
Namun, indah jika dirasa.. Tapi kadangkala panahannya amat memeritkan.
Hidup ini sungguh misteri,pelik dan penuh rahsia.
Cinta sejati cuma sebahagian dari hidup.