PENGENALAN TREMATOD :
Trematod ialah cacing yang tergolong dalm lelas Trematoda, iaitu dari Filum Platyhelminthes. Ia juga dikenali sebagai cacing daun atau fluk kerana morfologi cacing dewasanya yang leper seperti daun.
Ciri-Ciri Trematod :
Cacing dewasa berukuran 1 mm hingga beberapa cm. Ia pipih dorsoventral dan simetri bilateral. Ia tidak bersegmen. Kebanyakan treamtod adalah hermafrodit atau monosius ( satu individu mempunyai organ seks jantan dan organ seks betina) kecuali flluk darah; Schistosoma sp. yang diosius ( mempunyai cacing jantan dan cacing betina yang berasingan). Kutikulannya boleh licin dan berduri. Terdapat dua batil hisap, iaitu batil hisap oral dan ventral. Salur pencernaannya tidak lengkap, iaitu mempunyai mulut tetapi tidak mempunya anus. Organisma ini akan memakan debris usus,menghisap darah, mucus atau memakan tisu bergantung pada jenis hos perumah cacing ini.
Morfologi Umum Cacing Dewasa :
Semua jenis fluk yang terdapat dalam tubuh manusia mempunyai dua salur berotot , satu di bahagian anterior atau sulur mulut yang mengelilingi mulut, dan satu sulur ventral atau asetabulum yang terdapat di bahagian ventral. Seluruh badannya dilitupi oleh kutikel bukan sel. Kutikel ini dihasilkan oleh sel-sel tertentu yang tertanam di dalam tisu-tisu berada di bawahnya. Ia mungkin juga dilengkapi dengan zon yang berduri. Tiga lapisan otot yang kelihatan di bawah kutikel terdiri daripada lapisan luar yang membulat, lapisan tengah pepenjuru dan lapisan dalam yang memanjang. Ia juga mempunyai gentian dorsoventral. Sistem peredaran tidak ada. Unit asas sistem perkumuhan terdiri daripada sel kumuh bersilia atau solenosit yang terletak di permulaan salur halus perkumuhan. Serangkaian saluran kecil membawa hampas ke pundi-pundi perkumuhan di mana hampas ini dibuang keluar melalui perkumuhan. Kebanyakan fluk adalah hermafrodit dalam satu individu kecuali fluk darah.
Perbezaan Morfolgi Pada Peringkat Diagnostik
Spesis | Saiz | Bentuk | Warna | Peringkat perkembangan ketika dilepaskan | Ciri-ciri spesifik dan variasi | ||
Trematodes | |||||||
Schistosoma mansoni | 140 µm x 66 µm. Anggaran, 114-180 µm x 45-73 µm. | Kulit lutsinar. Bentuk besar memanjang dan mempunyai lateral spine berhampiran pada posterior end. | Kuning atau coklat kekuningan. | Telur yang berembrio yang mengandungi mirasidium matang. | Mempunyai Lateral spine.Dijumpai dalam feses, dan kadang-kadang boleh terdapat pada urin(jarang). Telur dilepaskan hanya pada waktu-waktu yang tertentu, dan sukar untuk menjumpainya pada satu sampel feses.. | ||
Schistosoma japonicum | 90 µm x 70µ m. Anggaran, 68-100 µm x 45-80 µm. | Berbentuk bujur. Terdapat lateral knob/hook-likle spine. | Tidak berwarna atau pale yellow brown | Ova berembrio yang mengandungi mirasidium | Mempunyai terminal knob yang dijumpai pada feses. | ||
Schistosoma haematobium | 143 µm x 60 µm. Anggagran 112-170 µm x 40-70 µm. | Besar memqanjang berbentuk bujur, kulit lutsinart & mempunyai terminal spine pada posterior end. | Kuning atau yellow brown. | Telur berembrio yang mengadungi mirasidium. | Mempunyai Terminal spine.dijumpai pada urin, jarang terdapat pada feses. Telur biasanya dilitupi debris. | ||
Clonorchis sinensis | 30 µm x l6 µm. anggaran, 27-35 µm x 11-20 µm. | kecil, bujur memanjang, broad rounded posterior end yang lebar membulat dan mempunyai operculum. " Small” knob boleh jkelihatan pada posterior end. | Yellow brown. | Ova berembrio mengandungi mirasidium matang. | Bersaiz kecil, knob dan operkulum pada posterior end. Kulit telur biasa dilapisi dengan debris. | ||
Opisthorchis felineus | 30 µm x 12 µm. Anggaran, 26-30 µm x 11-15 µm. | Membujur dengan operkulum pada anterior end dan pointed terminal “knob” pada hujung posterior. | Yellow brown. | Telur berembrio mengandungi mirasidium . | Kurang ciri-ciri shoulder yang menonjol keluar seperti Clonorchis sp dan lebih menirus dan meruncing pada hujung. | ||
Paragonimus westermani | 85 µm x 53 µm. Anggaran, 68-118 µm x 39-67 µm. | Berbentuk bujur memanjang dengan kulit telur yang tebal.Ovoidal or elongate with thick shelll. Posterior end yang tebal. | Kuning atau kuning keemasann. | Telur tidak berembrio. | Dijumpai pada sputum, jarang pada feses. Menyerupai telur D. latum tetapi lebih besar, tidak bersemetri dan opekulum yang kecil dan flatter . | ||
Fasciola hepatica | 145 µm x 80 µm. Anggaran, 120-150 µm x 63-90 µm. | Bujur, kulit telur yang nipis dan lutcahaya. Kecil dan operkulum yang tidak jelas. . | Kuning keemasan | Mempunyai sel-sel tidak berembrio. | Bersaiz ovul yang besar. | ||
Fasciolopsis buski | 140 µm x 80 µm. Anggaran, 130-159 µm x 78-98 µm. | Bujur, kulit telur yang nipis dan lutcahaya. Kecil dan operkulum yang tidak jelas. . | Kuning keemasan | Mempunyai sel-sel tidak berembrio. | Bersaiz besar dan sangat menyerupai dengan telur F.hepatica. oleh itu, ianya sangat sukar dibezakan. | ||
Jadual 1.1 : Perbezaan morfologi pada peringkat diagnostic trematod yang dijumpai pada manusia. (Sumber: CDC)
.PATOGENESIS DAN KESAN PATOLOGI
Secara umum, patologi dan manifestasi klinikal bergantung pada ukuran, peringkat dan jumlah cacing, tisu yang terinfeksi dan keadaan perumah. Kesan patologi boleh setempat berdasarkan habitat cacing atau sistemik akibat reaksi alergi atau respon perumah. Patologi boleh disebabkan oleh peringkat dewasa, larva ataupun telur.
Jadual : Kesan patologi infeksi trematod.
Trematod | Kesan patologi | Peringkat patologi |
Darah | · Granuloma dan fibrosis · Dermatitis serkaria | · Telur · Serkaria |
Hepar | · Obstruksi system biliari · Hiperplasia dan nekrosis duktus biliari. · Kolesistitis. · Kolelitiasis. · Kolangitis. · Fibrosis. | Dewasa |
Paru-paru | · Batuk · Dispnea · Hemoptisis · Gejala ektopik (abses,epilepsy,buta) | · Dewasa · Telur |
Usus | · Diarea · Obtruksi usus. · Erosi mukusa usus. · Pendarahan. | Dewasa |
2. RAWATAN
Bagi semua infeksi trematod boleh menggunakan satu jenis dadah, iaitu Praziquantel yang berkesan untuk hampir semua spesis Trematod. Bagi Skistosomiasis, tujuan rawatan adalah untuk membunuh cacing agar proses pengeluaran telur berhenti atau kurang, dengan itu mengurangkan patologi. Pilihan lain boleh menggunakan Niridazole,Tartar emetic (kalium antimony tartrat) atau natrium antimony tartrat.
3.PENCEGAHAN DAN KAWALAN
Antara kaedah yang boleh dilakukan dalam pencegahan dan kawalan bagi semua spesis Trematod adalah :
a) Rawatan pesakit untuk mengurangkan sumber infeksi.
b) Sistem pembuangan tinja, urin, dan kahak yang sempurna ( sestem perparitan dan pembetungan ).
c) Pembasmian siput air tawar terutama siput yang disyaki perumah perantara spesis Trematod.
d) Melakukan pendidkan kesihatan terhadap masyarakat.
e) Memasak makanan dengan sempurna termasuk ikan, ketam, udang dan tumbuhan air. Proses pemanisan, menyejuk beku dan menjeruk ikan yang akan dimakan tidak dapat mematikan parasit
f) Merawat haiwan ternakan yang terinfeksi.
g) Mengelakkan penggunaan air sungai di kawasan endemik untuk mencuci, mandi,minum dan keperluan lain.
No comments:
Post a Comment