Monday, 11 June 2012

Kitaran Hidup Fluk

KITARAN HIDUP FLUK YANG TERDAPAT PADA TUBUH MANUSIA

Fluk peringkat dewasa yang terdapat pada tubuh manusia boleh hidup dalam salur darah( Scistosoma); dalam hati ( Fasciola, Clonorchis,Opistorchis) ; dalam usus ( Fasciolopsis); atau dalam paru-paru(Paragonimus).
Fluk dewasa kemudian menghasilkan telur yang dikeluarkan melalui feses,urin, atau kahak ke dalam air yang kemudian membebaskan mirasidium melalui operkulum( kecuali Scistososma sp).Mirasidium kemudain berenang di dalam air dan menembusi tisu lembut siput dengan bantuan kalenjar litik. Telur-telur Opisthorchis dan Clonorchis mesti dimakan oleh siput yang sesuai sebelum ditetaskan.
Dalam hemolimfa siput,mirasidium menggugurkan epitilumnya yang bersilia, dan berubah menjadi generasi sporosista yang pertama atau redia bagi spesis yang lain.
Sel-sel germa membesar dari bahagian dalam dinding sporosista atau redia untuk menghasilkan beberapa bilangan anak sporosista atau anak redia. Proses pembiakan ini adalah poliembrioni. Generasi organism kedua melepaskan diri dari induk dan menghasilkan generasi larva ketiga atau serkaria.Apa bila larva ini matang,ia keluar dari dalam siput dan menjadi peringkat yang hidup bebas untuk jangka masa yang pendek.
Selepas meninggalkan siput, serkaria akan menjalani beberapa cara infeksi, bergantung kepada spesis yang terlibat.
Serkaria Schistosoma akan menembusi kulit manusia dengan bantusn kalenjar litik. Serkaria Fasciola  dan Fasciolopsis menjadi metaserkaria pada tumbuhan; metaserkaria Clonorchis,Opisthorchis, terdapat pada ikan; metaserkaria Paragonimusterdapat pada ketam, metaserkaria terdapat pada perumah siput yang kedua, dan metasrkaria  terdapat pada sejenis semut. Jadual 1.2 menunjukkan perumah perantara  bagi fluk yang biasa terdapat pada manusia.

1.2 PERUMAH PERANTARA FLUK PENTING YANG TERDAPAT PADA MANUSIA

FLUK
Perumah Perantara
Pertama
Kedua

Usus
Fasciolopsis buski





Hati
Fasciola hepatica
Clonorchis sinensis

Opisthorchis felineus
Opisthorchis viverrini


Paru-Paru
Parogonimus westermani

Darah
Schistosoma japonicum
S.mansoni
S.haematobium


Segmentina,Hippeutis,Gyraulus






Lymnaea (amfibia)
Bulimus,Alocinma,Parafossalarus, Thiara
Bulimus
Bulimus



Semisulcospira,Thiara


Oncomelania
Biomphalaria,Bulimus,Australobis
Bulimus,Physopsis


Tumbuhan air tawar,
pokok berangan airtawar, caltrop air.




Tumbuhan air tawar
Ikan air tawar.

Ikan karpa
Ikan air tawar spesis Hampala dan Puntius.


Ketam;udang (air tawar)


Tiada
Tiada
Tiada

No comments:

Post a Comment