Ketuk, ku ketuk pintu hatimu. Bilakah baru kau buka untuk memahami hatiku? Ku intai,intai jendelamu. Ku terlihat dirimu,tapi kau tidak pernah melihat aku. Bertahun ku menantimu, tapi kau tidak pernah pedulikan ku. Sampai satu ketika,tidak ku sangka kau datang sendiri kepadaku,mencari aku. Semua yang berlaku ibarat mimpi.Tanpa ada soal,ku menerimamu.
Kau taburkan aku harapan. Kau taburkan aku impian. Kau hujani aku dengan cinta fantasimu. Tapi aku buta. Aku sangat menyayangimu dalam diam sejak sekian lama. Dengan demikan aku sangat mudah menerima mu tanpa berfikir panjang. Sangat mudah menabur kepercayaan. Entah kau serius atau tidak. Aku sudah dibuai mimpi kehangatan cinta denganmu. Padahal cintamu cuma palsu. Dihatimu tiada aku. Tiada lagi aku dapat menilai kebenaran kerana aku sudah lemas dalam perasaan sendiri. Ku yakini jiwa, ini kebahagiaan ku yang terakhir. Aku terlupa seketika bahawa di dunia ini tiada yang abadi. Ku hanyut dalam lautan drama asmara. Ku biarkan diri merasai kemanisan cinta walau hanya sebentar ku nikmati. Harapan yang kau beri kepadaku, membuatkan aku yakin, kau benar sayangkan aku.
Aku ingatimu setiap hari. Khabar sentiasa ku kirim, namun tidak pernah berbalas. Sehingga satu ketika, di saat rindu mencengkam hati, kau membalas perkhabaranku dengan kata-kata yang menusuk jiwa. Seperti manusia yang tidak mempunyai perasaan , dengan mudah kau katakan kau tidak mempunyai apa-apa perasaan dengan ku selama ini. Kau memintaku melupakan mu kerana kau akan dijodohkan dengan gadis yang kau suka. Begitu mudah kau berjanji, dan begitu mudah kau memungkirinya. Kata-kata mu hanya lakonan. Janji yang keluar dari bibirmu kau lakukan seperti tiada apa-apa makna. Disitu , kurasa ku seperti hanya boneka yang dilakukan begitu saja tanpa menghiraukan perasaanku.
Ku bodohkan diri dengan pengorbanan sia-sia yang ku lakukan kepadamu. Ku limpahkan kesetiaan yang tak berbelah bagi namun kau melakukan cintaku seperti tak berharga. Kau guris perasaanku dalam sekelip mata. Aku cuma mampu bersembunyi di sebalilk perasaan ini. Tersenyum disebalik kesedihan. Air mata tidak lagi mampu mengalir. ‘Aku menyayangimu’ yang pernah terkeluar dari bibirmu, ku kini menganggap itu semua tipu dayamu.
Apa salahku sehingga kau tega melakukan aku sebegini. Ku menyayangimu sepenuh hati,tapi kau tidak. Aku cuma sandaran padamu. Kini suria tak kan bersinar lagi,gerhana mengahantui diri. Hari berganti hari,masa pergi bersama yang ku miliki,membawa pergi semua harapan & kegembiraanku. Namun di dunia ini tiada yang kekal abadi, mahupun cinta yang suci.
Walau seberat ujian yang ku lalui, hakikatnya aku mesti sedarkan diri untuk berdiri di atas realiti dan menjadi insan yang tabah. Aku sedar, aku mesti teruskan hidup kerana kisah hidupku masih lagi panjang. Kisah cintaku yang pernah dipersendakan ini, cuma sebahagian daripada hidupku. Aku yakin, masih banyak lagi rintangan yang masih wujud di hadapan. Kisah cintaku denganmu sudah menjadi sejarah. Aku jadikan kisahku denganmu pengajaran seumur hidupku. Terpaksa ku buang wajahmu dari ingantanku yang sudah bertapak bertahun lamanya di mindaku. Kini aku hanya mampu berdoa, agar aku menjadi insan yang lebih tabah dan ku harap satu hari nanti, kau sedar akan kesalahanmu.
Wednesday, 15 December 2010
Keinsafan
SINAR KEINSAFAN
Aku terkenangkan diriku.. tika aku belum mengenalMu, diriku hampar...sunyi dan kesepian. Terkurung aku dalam kotak yang sempit. Terduduk, terkulai layu.. lalu menciptakan idea tantang kehampaan. Jiwa dan mindaku kosong.. namun penuh duka.
Ingin lari, namun aku tetap di tempat yang sama walau aku sendiri sentiasa dahagakan keinsafan..
Aku tersepit..
Terpaksa aku hipokrit. Senyum di balik tabir kedukaan. Kesedihan yang bertopengkan riang. Kegelisahan yang bersembunyi dalam lakonan drama ketenangan.
Kenapa? Kerana aku sentiasa merasa kehilangan. Sepertinya mata hati menyeru untuk aku mencari sesuatu yang telah hilang itu.Iaitu cahaya ketenangan. Lama aku dalam kegelapan. Lama aku dalam kesuraman yang kadangkala mengalpakan aku pada jasa dan budi insan yang sentiasa menyayangiku,menjaga aku. Memandang mereka dengan penuh kebencian dalam kesopanan, ‘bosan..benci’ tersentak dari hati.
Namun akhirnya, aku terhumban dalam gaung rasa bersalah setelah lama aku bertapak di tebing noda.
Mata yang selama ini terpejam dan terlena di sebalik keindahan akhirnya tercelik setelah terjaga dari buaian khayalan duniawi dalam dunia realiti.
Sayup-sayup kedengaran alunan irama memujiMu terus ku cuba amati, kucuba hayati..Puisi indah sejarah tentangMu...keagunganMu, kucuba perhati dan selami..
Indah..sungguh indah. Hingga mampu mengisi jiwa yang selama ini kosong.
Tiang keegoan telah tumbang dan roboh bersama pondok kegelisahan hatiku.
Keegoan yang telah lama terkurung bersama kegelisahan dalam peti persoalan tentang sinar yang kudamba kini telah terungkai.
Lucu..akhirnya baru sekarang jiwaku dihasut minda untuk mencari sinar bila hati merasai 1000 gelisah kekesalan setelah ada rasa bersalah. Padahal aku sendiri dengan sombong membelakangkanMu. Lupa pada yang sifat sementara itu adalah...sementara.
Tewas aku, dalam permainan putaran masa ini.
Kesal aku, membiarkan diri hanyut dalam deras kemajuan dan terdampar di hilir dosa.
Disaat aku membelakangkanMu, meski Kau tidak pernah lupa pada hamba seperti aku. KasihMu, kasih sebenar. Tiada tandingan..Tidak pernah leka memberikan nikmat pada manusia. Tiada tangis kekecewaan jika mencintaiMu. Cuma yang ada, tangis kekesalan atas sejarah silam yang hitam.
Namun, jauh disudut hati, aku panjatkan kesyukuran padaMu yang tak mungkin terungkap dengan kata-kata kerana temukan sinar yang kucari.
Sinar yang kini menjadi harapan baru hidupku.
DenganMu, aku temui erti cinta sebenar. Kerana cinta yang sekali sahaja Kau sinari cahayanya, tapi tak pernah malap untuk selamanya.
DenganMu, aku memahami erti cinta suci kerana janji-janji yang tak pernah Kau mungkiri.
DenganMu, aku fahami erti cinta murni kerana kata-kata yang tak pernah Kau dustai.
Keagungan CintaMu, akhirnya membwa aku tunduk sujud memuji kebesaranMu..Allahuakhbar...
Wednesday, 16 June 2010
Aku Gadis Biasa
aku seoarang gadis., yang hidup dalam keluarga sederhana.. aku anak bongsu.. hurm. kalau dah anak bongsu tu maklumlah., sering di jaga dan di awasi, macam lah aku budak kecil lagi.
itu dan ini., semuanyalah tak boleh. asyik mesti nak berkepit ja dengan mak bapak aku. lambat sikit aku pulang, padahal masih siang, belum petang pun, dah 10x bapa aku kol. macam lah aku jalan dengan kawan.., ni dengan kaka juga.
apa lagi kalau dengan kawan.., aduh susah nak hang out dengan kawan. 10% ja lah peluang dapat keluar..
kesian. macam burung dalam sangkar kan?
ya., kerana selalu berfikir yang aku ani dah dewasa sangat lah aku kadangkala nak memberontak dengan parents aku. rimas lah kalau overprotected ni. hurm, kadangkala aku fikir agus jugalah dorang ambil berat, tapi..entahlah., mungkin aku yang rasa tak bersyukur dengan keadaan aku sekarang.
yalah, ramai orang lain sebaya aku., tak da lah parents dorang nak peduli. jaga hal sendiri ja lah.
tapi.. aku sayang sangat dengan parents aku. cuma aku mesti kena berdikari. dorng pun bukan selamanya ada.. sikit hari, aku hidup sendiri juga.
hurm.., bulan 7 ni aku dah jauh dari parents aku. terpaksa p seberang laut. nak capai cita2 aku terpaksa tinggalkan semuanya dulu untuk sementara. Gembira ada.., sedih puun ada..syukurlah kali ni dorang dah restu aku nak merantau. sebelum ni jangan harap lah aku dapat. mungkin dorang dah faham..
mesti aku rindu sangat2 dengan dorang ni..
macam na lah kehidupanaku di sana ni ar.. ya lah, sebelum ni aku tak pernah stay asrama pun. kali ni lah aku nak belajar sendiri..

Thursday, 15 April 2010
Khas untuk orang yang dilamun cinta...
SINAR CINTA
“sedalam lautan,seluas angkasa,begitulah cintaku padamu”ungkapan klasik perasaan hati.
Namun aku kiranya tak perlu bicara, biar aku membisu dari sejuta kata.
Mampukah kau meneka hatiku andai aku diam? Kekadang akal berkata pada mata; lihatlah pada hatimu, dan hati pula berbisik pada mulut ; hamburkan kata cintamu pada dia..
Telinga yang sempurna mampu dibuai leka dengan kata cinta yang indah,cinta yang datang ibarat fantasi…
Namun ia juga harapan pada hati yang pernah tewas pada lubuk kemesraan lalu mencorakkan 1000 tangis di potret hidupku.
Kadangkala jiwaku masih dihasut sejarah lalu. Berbaloikah aku terima sinaranmu? Berbaloikah ku anggap kau harapan terakhirku?
Katakanlah ianya berbaloi. Sememangnya..aku masih bersembunyi di balik tabir ketakutan dan kedukaan. Kerana cinta bagiku sentiasa datang dan pergi tanpa ku pinta. Cinta tidak dapat dilihat.
Namun, indah jika dirasa.. Tapi kadangkala panahannya amat memeritkan.
Hidup ini sungguh misteri,pelik dan penuh rahsia.
Cinta sejati cuma sebahagian dari hidup.

Friday, 15 January 2010
Koleksi sastera karya sendiri
Kehidupan
Sunyi, sepi...tenang petang ini. Angin bertiup lembut. Tiada siapa
insan yang ku lihat. Namun hanya burung-burung yang menguasai ruang legar angkasa. Burung pipit...ciptaan Allah yang agung. Kecil dan lemah dari pandangan lahiriah manusia. Tapi besar hatinya dalam menerajui hidup. Tak pernah gentir untuk meneroka lebih jauh dan sentiasa tak pernah lupakan teman nya..
Hidup sekawan dan terbang berkumpulan bersama.. itulah dia burung pipit. Tak berakal seperti kita, namun memahami erti kekeluargaan. Sentiasa bertoleransi sesamanya..
Walau kerdil, namun burung pipit tetap manjadi burung pipit. Malah, membiarkan dirinya mudah dikenali dari burung-burung lain. Tidak pernah kesal menjadi burung pipit malah sentiasa bangga terbang bersama kawan-kawannya.
Setiap pagi,setiap petang, burung pipit itu pasti akan berkicauan.. terbang kesana kemari mencari pengalas perut untuknya dan untuk anaknya.Namun kadangkala terpaksa jatuh tersungkur di gubuk-gubuk mata pencarian..Tinggal anak burung pipit yang terbiar sendiri di sarangnya..menanti.. tapi sampai bila?. Seribu penantian namun si ibu tak juga pulang membawa makanan untuk santapan bersama. Anak-anak burung itu semakin lemah, namun yang kuat sahaja yang akan tetap teruskan hidup..
Anak burung yang terus hidup itu telah mempelajari sesuatu yang lebih berharga..iaitu berdikari. Sendirinya bangun kembali terbang selepas jatuh ke tanah. Tabah dan tabah.. semata untuk satu. Iaitu ; hidup. Berjuang untuk hidup sehingga ia dewasa dan mempunyai teman sendiri.
Namun kita, kekadang terlupa untuk melihat melalui mata hati sendiri. Masing-masing di himpit paradigma yang kian menerkam waktu. Masing-masing terlupa akan sesuatu yang hanya boleh dirasa dan tidak boleh dilihat secara lahiriah. Masa sentiasa membawa pergi nilai-nilai indah itu, atau kita yang sengaja membiarkannya lenyap ditelan masa? Tiada noktah, namun yang ada tanda tanya dalam kehidupan ini bagi mereka yang cintakan kebebasan sejati. Sememangnya bagiku kita masih lagi kuat dicengkam dengan penjajahan secara halus. Budaya bukan sebenarnya untuk kita kini menjadi ikon utama masyarakat. Bukan secara luaran semata, malah rohani juga. Adakah kita semua menjadi mangsa kemajuan atau kita sengaja menjadikan diri mangsa kehidupan ini? Tiada lagi nilai masyarakat melayu desa yang cintakan kekeluargaan mahupun jiran tetangga..tiada lagi kesopanan dalam tiap bicara..kerana kabus semakin melitupi semua itu. ‘kau,kau..aku,akulah’itulah kata-kata yang menjadi simbol diri antara sedar atu tidak. Asap kemajuan makin mengaburi mata kita. Terbukti kah ‘melayu tidak akan hilang di dunia’? seperti yang pernah di katakan panglima Hang Tuah. Atau mungkin satu hari bangsa kita akan lenyap. Mahukah?
Aku impikan kita seperti burung-burung pipit itu,yang tak pernah lupa keluarganya, dan teman-temannya. Malah semakin tabah menghadapi arus kehidupannya sendiri. Tetap berjuang untuk hidup.
Dan kita, dapatkah kita terus berjuang untuk mencatat kembali bangsa melayu di hati masyarakat kita kini? Meski kau.. dan juga aku, mahu kita berdiri di atas dunia ini dengan bangsa realiti kita sendiri.BANGSA MELAYU.. Bukan peragaan diri fantasimu di dunia yang makin tua ini.
Wahai anak bangsaku sedarlah, perjuangan kita belum selesai. Tak kan pernah selesai sebelum dan selepas 52 tahun yang lalu.
Kehidupan ini satu perjalanan yang amat panjang. Kehidupan ini juga sangat misteri dan penuh rahsia untuk dimengertikan. Hatta aku sendiri masih mencari jawapan agar aku juga turut temui kemerdekaan yang abadi untuk diriku,jiwaku, mahupun mindaku.
Namun ingin ku katakan, selama mana masa yang harus kita tempuhi lagi, sejauh mana perjalanan hidup ini, janganlah sekali lupa pada siapa kita sebenarnya..pada masyarakatmu, hatta pada bangsamu. Jadilah kau seperti asalmu yang tak berubah. Kembalikanlah bangsaku di kehidupan terakhir ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)