Wednesday, 15 December 2010

CINTA SANDARAN

Ketuk, ku ketuk pintu hatimu. Bilakah baru kau buka untuk memahami hatiku? Ku intai,intai jendelamu. Ku terlihat dirimu,tapi kau tidak pernah melihat aku. Bertahun ku menantimu, tapi kau tidak pernah pedulikan ku. Sampai satu ketika,tidak ku sangka kau datang sendiri kepadaku,mencari aku. Semua yang berlaku ibarat mimpi.Tanpa ada soal,ku menerimamu.

Kau taburkan aku harapan. Kau taburkan aku impian. Kau hujani aku dengan cinta fantasimu. Tapi aku buta. Aku sangat menyayangimu dalam diam sejak sekian lama. Dengan demikan aku sangat mudah menerima mu tanpa berfikir panjang. Sangat mudah menabur kepercayaan. Entah kau serius atau tidak. Aku sudah dibuai mimpi kehangatan cinta denganmu. Padahal cintamu cuma palsu. Dihatimu tiada aku. Tiada lagi aku dapat menilai kebenaran kerana aku sudah lemas dalam perasaan sendiri. Ku yakini jiwa, ini kebahagiaan ku yang terakhir. Aku terlupa seketika bahawa di dunia ini tiada yang abadi. Ku hanyut dalam lautan drama asmara. Ku biarkan diri merasai kemanisan cinta walau hanya sebentar ku nikmati. Harapan yang kau beri kepadaku, membuatkan aku yakin, kau benar sayangkan aku.

Aku ingatimu setiap hari. Khabar sentiasa ku kirim, namun tidak pernah berbalas. Sehingga satu ketika, di saat rindu mencengkam hati, kau membalas perkhabaranku dengan kata-kata yang menusuk jiwa. Seperti manusia yang tidak mempunyai perasaan , dengan mudah kau katakan kau tidak mempunyai apa-apa perasaan dengan ku selama ini. Kau memintaku melupakan mu kerana kau akan dijodohkan dengan gadis yang kau suka. Begitu mudah kau berjanji, dan begitu mudah kau memungkirinya. Kata-kata mu hanya lakonan. Janji yang keluar dari bibirmu kau lakukan seperti tiada apa-apa makna. Disitu , kurasa ku seperti hanya boneka yang dilakukan begitu saja tanpa menghiraukan perasaanku.

Ku bodohkan diri dengan pengorbanan sia-sia yang ku lakukan kepadamu. Ku limpahkan kesetiaan yang tak berbelah bagi namun kau melakukan cintaku seperti tak berharga. Kau guris perasaanku dalam sekelip mata. Aku cuma mampu bersembunyi di sebalilk perasaan ini. Tersenyum disebalik kesedihan. Air mata tidak lagi mampu mengalir. ‘Aku menyayangimu’ yang pernah terkeluar dari bibirmu, ku kini menganggap itu semua tipu dayamu.

Apa salahku sehingga kau tega melakukan aku sebegini. Ku menyayangimu sepenuh hati,tapi kau tidak. Aku cuma sandaran padamu. Kini suria tak kan bersinar lagi,gerhana mengahantui diri. Hari berganti hari,masa pergi bersama yang ku miliki,membawa pergi semua harapan & kegembiraanku. Namun di dunia ini tiada yang kekal abadi, mahupun cinta yang suci.

Walau seberat ujian yang ku lalui, hakikatnya aku mesti sedarkan diri untuk berdiri di atas realiti dan menjadi insan yang tabah. Aku sedar, aku mesti teruskan hidup kerana kisah hidupku masih lagi panjang. Kisah cintaku yang pernah dipersendakan ini, cuma sebahagian daripada hidupku. Aku yakin, masih banyak lagi rintangan yang masih wujud di hadapan. Kisah cintaku denganmu sudah menjadi sejarah. Aku jadikan kisahku denganmu pengajaran seumur hidupku. Terpaksa ku buang wajahmu dari ingantanku yang sudah bertapak bertahun lamanya di mindaku. Kini aku hanya mampu berdoa, agar aku menjadi insan yang lebih tabah dan ku harap satu hari nanti, kau sedar akan kesalahanmu.

No comments:

Post a Comment